Followers:

Jan 11, 2017

Glamping: Berkhemah di Lost World of Tambun



GLAMPING: BERKHEMAH DI LOST WORLD OF TAMBUN | Assalamualaikum. Baru-baru ini Ainy ada terima tawaran untuk menginap di khemah berkonsepkan glamour. Awalnya macam pelik lah juga kan sebab tak pernah dengar istilah Glamping ni. Siap sehari sebelum bertolak, Ainy research pakaian dan peralatan yang bersesuaian untuk dibawa berkhemah. Haha. Tapi bila datang seriously, macam 'Wowwww' jugalah kejap dan excited sebab tak sangka khemah yang mereka bagi ni serius cantik dan kenalah dengan istilah "khemah konsepkan glamour'.

Apa yang lagi menariknya, dalam khemah ni lengkah dengan barang-barang; 1 katil saiz king, 2 katil saiz single, kipas, plug socket, toiletries, tuala. Dah macam stay kat hotel pun ya juga. Masa kecil-kecil dulu kalau ada kem semua barang ni kena bawa sendiri dan juga kena tidur atas lantai macamtu je. Hehe. Itu yang sebelum pergi ni Ainy punyalah Google macam-macam. Tapi rupanya bila datang haaa. Tak tahulah nak cakap, korang tengok sendiri gambar Ainy share ni okay.



photo credit: www.duniapatik.com

photo credit: www.duniapatik.com

photo credit: www.duniapatik.com

Apa yang lagi best, Glamping ni terletak di dalam Lost World of Tambun itu sendiri dan kawasan bahagian paling hujung. Jadi kalau korang ambil pakej Glamping ni, korang boleh keluar masuk pergi ke theme park, hot spring, rides segala benda yang ada dalam tu. Unlimited access pula tu.


Dengan harga pakej serendah RM399, korang akan dapat khemah dengan katil bersaiz king, sarapan di Garden Terrace untuk 2 orang, tiket masuk ke Lost World of Tambun (yang sebenarnya harga tiket asalnya hampir RM240 untuk 2 orang), power socket, tuala, perkakas mandi dan kipas.

Berbaloi tak? Pada Ainy sangat-sangatlah berbaloi kerana korang akan dapat rasai sendiri keunikan menginap di dalam khemah glamour ni. Susah tau nak dapat sebab Glamping ni baru sahaja diperkenalkan di Malaysia (luar negara dah banyak dah ada).

Sekiranya Ainy diberi keizinan masa, Ainy pun nak datang lagi sekali. Nak bawa family dan #teamohjalan sekali ke sini. Macam family day lah kan seba tempat dia tersangatlah privacy dan kita boleh buat banyak aktiviti kat situ.

Untuk info lanjut berkenaan Glamping di Lost World of Tambun ni, boleh contact diorang.

Facebook: facebook.com/lostworldoftambun
Instagram: instagram.com/sunwaylostworldoftambun
Website: http://sunwaylostworldoftambun.com/glamping/

Selamat membaca.