Followers:

Mar 6, 2017

Idaman Villa, Melaka: Homestay Besar dan Selesa di Bandaraya Melaka


Assalamualaikum semua. Siapa kat sini yang ada masalah nak cari tempat menginap untuk buat gathering family? By the way Ainy selalu ada masalah ni sebab bila buat family gathering ni, jumlah pesertanya ramai. Jadi satu masalah pula nak cari konsep hotel apartment atau homestay yang boleh muat group yang ramai.

Baru-baru ni Ainy dan rakan-rakan blogger buat short trip ke Melaka. Dari asalnya hanya beberapa orang, kami dapat kumpulkan dalam 14 orang semuanya dengan bantuan Emas Putih (blog: www.kisahemasputih.com). Bila dah ramai macamni, mulalah pening nak cari penginapan kan. Kalau nak ambil hotel, boleh muat paling ramai pun 4 orang. Lepastu belum tentu dapat bilik sebelah-sebelah. Jadi Uzu decide untuk book homestay yang besar, yang boleh muat 14 orang dan lebih iaitu Idaman Villa, Melaka.

Ainy pun tak sangka juga rupanya ada homestay yang boleh tampung ramai orang macamni. Rupanya Idaman Villa ni, sejenis homestay yang berkonsep rumah teres tiga (3) tingkat. Patutlah boleh muat ramai.

Ini gambar luar Idaman Villa, Melaka.

APA YANG MENARIK IDAMAN VILLA, MELAKA NI?

Ini Ainy nak kongsikan dengan korang - keistimewaan kalau korang menginap di Idaman Villa, Melaka.

Ruang Legar: Actually ruang legar di Idaman Villa ni memang sangat luas. Sesuai lah untuk beraktiviti bersama keluarga besar di luar ni - main badminton ke, bola ke. Sangat sesuai!

Photo credit: www.idamanvilla.com

Laman dan BBQ Pit: BBQ Pit ni memang pakej sekali dengan bayaran sewa homestay ni. Jadi korang boleh plan untuk adakan BBQ dan berisitirehat santai di laman dia yang besar tu. Boleh main lari-lari lagi ha kat laman tu.

Photo credit: www.kisahemasputih.com

Ruang Dapur yang Lengkap dengan Peralatan Memasak: Ini Ainy paling suka! Masa Ainy dan rakan-rakan blogger datang haritu, kitorang main masak-masak kat sana. Setiap orang ada bahagian kerja masing-masing dan Ainy pula masak Sayur Lemak Kobis. Apa yang menariknya, korang tak perlu pening nak angkut periuk, kuali ke Idaman Villa ni sebab semuanya lengkap. Pinggan mangkuk, cawan, perkakas senduk semua pun ada. Korang tinggal beli bahan untuk memasak sahaja. Ha jimatlah ruang bonet kereta korang kan. Jadi kalau yang datang ramai-ramai dengan keluarga besar, dah boleh jadikan aktiviti memasak ni sebagai aktiviti mengeratkan hubungan. Mesti seronok memasak ramai-ramai kat dapur kan.

Photo credit: www.idamanvilla.com

Ruang Tamu yang Luas: Ruang tamu memang luas sangat sebab even kami beramai-ramai duduk kat ruang tamu tu pun, masih lagi ada ruang untuk muatkan 5-10 orang di situ dalam satu-satu masa. Maksudnya memang luaslah. Lepastu ada TV dengan lebih 50 siaran dan WiFi selaju 30Mbps. Sempatlah Ainy update blog tengah-tengah malam tu time semua orang tidur. Haha.

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Dilengkapi Tujuh (7) Bilik: Part bilik Ainy rasa benda yang sangat penting sekali kalau nak buat family gathering. Bila group ramai, jadi kita perlukan bilik yang banyak. Idaman Villa ni memang sesuai sangat lah untuk korang buat family gathering sebab ada tujuh (7) bilik dalam satu (1) rumah tu. Lepastu dalam setiap bilik, dilengkapi dengan TVwater heater, penghawa dingin dan tandas peribadi. Memang sangat-sangat selesa dan lebih terjaga dalam bab aurat. Yerlah bila buat family gathering ni, kita tinggal sekali dengan abang ipar, sepupu dan sebagainya. Kalau stay kat Idaman Villa ni tak perlu korang nak berkongsi toilet. Nak bersiap dan tidur pun lebih terjaga sebab bilik banyak jadi boleh buat pengagihan bilik untuk tiap-tiap keluarga.

Meh Ainy kongsikan satu-satau gambar bilik yang ada. Memang cantik dan selesa!

Bilik 1.1 (Tingkat 1 - Paling Bawah):

Photo credit: www.idamanvilla.com

Bilik 2.1 (Tingkat 2):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 2.2 (Tingkat 2):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 2.3 (Tingkat 2):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 3.1 (Tingkat 3):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 3.2 (Tingkat 3):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 3.3 (Tingkat 3):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

INFO TAMBAHAN TENTANG IDAMAN VILLA, MELAKA

1) Terletak di Kota Syahbandar, Melaka.
2) Terletak di tengah-tengah bandar Melaka.
3) 5 minit ke Jonker Walk.
4) 8 minit ke Taming Sari.
5) 9 minit ke Dataran Pahlawan.
6) 11 minit ke The Stadthuys.
7) 12 minit ke A Famosa.
dan berdekatan dengan banyakkkk lagi tempat-tempat menarik di Melaka.

Mostly tempat-tempat menarik dekat dengan Idaman Villa, jadi kira lokasi homestay ni antara lokasi yang sangat strategik untuk korang yang rancang bercuti ke Melaka. Kebetulan sekarang Idaman Villa tengah buat promosi harga sewa tau. Hanya dengan RM900 / sehari, korang dah boleh menginap di Idaman Villa ni dengan bawa family besar korang. Ha bawa 20 orang pun masih muat lagi tau nak masukkan dalam Idaman Villa ni. Dah pergi contact owner homestay ni cepat-cepat sebab tak silap Ainy homestay diorang memang 'terlajak laris' bila musim cuti sekolah.

Ini lah gambar Ainy dan rakan-rakan blogger masa menginap di Idaman Villa, Melaka.
Photo credit: www.eazyizzuddin.com

HUBUNGI IDAMAN VILLA UNTUK TEMPAHAN HOMESTAY DI MELAKA

IDAMAN VILLA, MELAKA (BANDARAYA MELAKA)
Contact: Encik Bari ( 012-2118246 )

Terima kasih Idaman Villa, Melaka untuk hospitaliti yang lengkap.

Mar 4, 2017

KAIO Studio: Studio Photoshoot Terbaik di Shah Alam


Assalamualaikum semua. Semenjak dua-tiga menjak ni, Ainy sibuk sangat dengan kerja-kerja pejabat dan outstation sana sini. Minggu ni sepatutnya ke Hat Yai tapi tetiba tukar tarikh pula. Jadi adalah masa untuk Ainy selesaikan entry blog yang tertunggak.

Behind the scene yang nampak dalam gambar macam biasa tapi mereka di hadapan Ainy saja tahu betapa kakunya Ainy. Haha.

Actually baru-baru ni Ainy dan rakan-rakan blogger ada sesi photoshoot Blogger Malaysia bersama KAIO Studio. Masa terima jemputan tu, Ainy dah pun mengenali KAIO Studio. Kenal pun dari video time-freeze yang pernah viral sebelum ni. Memang Ainy salah seorang yang kagum dengan hasil video time-freeze diorang. Lepastu dapat pula jemputan untuk sesi photoshoot, memang tak fikir panjang - terus terima.

Sebelum Ainy tunjukkan hasil photoshoot yang meletop dari KAIO Studio, Ainy nak kongsikan sikit dengan korang berkenaan KAIO Studio ni. KAIO Studio ditubuhkan sejak tahun 2012 oleh Anwar Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kaio. Nama KAIO Studio itu juga adalah datangnya dari nama beliau sendiri. Dulu KAIO Studio bermula dengan pakej perkhidmatan videografi perkahwinan tapi kini meluaskan sayap ke pelbagai genre, antaranya; fotografi perkahwinan, event, pengiklanan, kempen video, program TV dan banyak lagi. Pendek kata, sekarang ini semua jenis servis berkaitan videografi dan fotografi diorang ada. Tinggal korang cakap je nak yang macamana.

Mereka lah yang bertanggungjawab dalam menghasilkan videografi dan fotografi yang MELETOP!
Kiri: Shazlan. Kanan; Kaio

PENCAPAIAN KAIO STUDIO

Ha yang ini Ainy nak rekemen sampai korang rasa rugi sangatlah kalau tak ambil servis dari KAIO Studio ni sebabnya? Ha meh Ainy nak kongsi sedikit sebanyak pencapaian KAIO Studio sepenjang penubuhan.

1) KAIO Studio dinobatkan sebagai pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Klik link untuk sumber rujukan; http://www.kaiostudio.com/fashion/most-glam-next-fashion-videographer-winner-kaio-studio/.
2) KAIO Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.
3) Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.
4) Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari KAIO Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.
5) Selain dari itu, ramai para selebriti dfan jenama-jenama pakaian ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari KAIO Studio seperti Creacian by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (jenama dari Singpura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagiiii.
Kalau korang nak tengok sendiri karya-karya fesyen dari KAIO Studio, boleh klik link ini okay; http://www.kaiostudio.com/category/fashion/.

Ha nampak tak, bukan calang-calang orang yang dah berurusan dengan KAIO Studio. Sebab itulah Ainy sarankan korang ambil servis diorang. Tak kiralah fotografi ke videografi ke - semua hasilnya pasti terbaik.


PENGALAMAN AINY BEKERJASAMA DENGAN KAIO STUDIO

Okay ini part yang paling best Ainy nak kongsi dengan korang sebab? Meh baca.

Team KAIO Studio: Ainy nak puji team diorang dulu sebab memang dari awal Ainy masuk ke studio, Ainy macam malu-malu juga sebenarnya. Jadi Ainy banyak berborak dengan rakan-rakan blogger, sampailah tiba giliran Ainy nak shoot. Ya ampun kekoknya Ainy masa tu. Tapi team KAIO Studio sangat MEMBANTU berikan idea cara posing. Lepastu diorang ni sangatlah BERSABAR dalam memberi Ainy masa untuk menyesuaikan diri dengan kamera. Sekejap je Ainy dah boleh biasakan diri dengan bantuan diorang. Terima kasih team KAIO Studio!

Fasiliti Lengkap: Masa sesi photoshoot haritu, Ainy dan rakan-rakan blogger 'berkampung' di KAIO Studio dari pagi sampai petang. Duduk kat sana macam duduk rumah sendiri sebab lengkap dengan fasiliti seperti; surau, tempat persalinan, steamer untuk iron baju, ruang make up, tandas (semestinyalah kan) dan ruang bersantai. Kami buat macam rumah sendiri dah ha. Jadi untuk korang yang ada produk yang banyak untuk shoot, sesuai sangatlah ambil servis studio photography dari KAIO Studio. Tak perlu risau nak balik awal sebab studio tu pun dah lengkap macam rumah sendiri dah.

Ruang: Yang ini memang Ainy suka sebab ruang dia sangat-sangat LUAS. Sementara nak tunggu giliran shoot, ada ruang bersantai yang SELESA untuk menunggu. Dapatlah Ainy dan rakan-rakan blogger ber'video live'. Bayangkanlah Ainy dan rakan-rakan blogger kesemuanya dalam lebih 15 orang. Itu tak termasuk dengan team KAIO Studio lagi. Kami ramai macamtu masih muat dan selesa. Bayangkanlah betapa luasnya ruang KAIO Studio tu.

Servis TERBAIK: Yang ni memang Ainy suka sebab tak perlu nak tunggu berhari-hari atau berbulan-bulan untuk dapatkan gambar photoshoot. Petang kitorang selesai shoot, esok awal pagi team KAIO Studio dah mesej bagitahu semua gambar dah siap di'edit' dalam google drive. Cepat sangat-sangat! Dah lah gambar kami banyak, tak silap Ainy hampir 2000 pcs juga semua sekali. Tak tidur agaknya diorang ni edit gambar.

Hasil Gambar yang TERBAIK: Dah dapat gambar, memang terkejut sebab hasilnya sangat-sangat TERBAIK. Memang clear semua gambar dan cantikkk. Ainy suka! Ha tengoklah gambar-gambar Ainy share kat bawah ni. Semuanya cantik-cantik. Ainy boleh nobatkan diorang sebagai; Studio Photoshoot Terbaik Shah Alam' ha. Sebab hasil gambar photoshoot tak mengecewakan.
Ini gambar shoot untuk persalinan pertama Ainy.

Semua gambar yang Ainy ambil menggunakan black studio yang mana latar belakangnya adalah hitam. Tapi korang tak perlu risau sebab KAIO Studio juga ada yang white studio tau. Ha jadi korang boleh pilih nak shoot white studio ke black studio.

Yang ni pula masa persalinan kedua. Masa ni dah kurang sikitlah kekoknya. Hehe.


Ainy bersama dengan rakan-rakan blogger yang menggayakan Kurta Dhanee dari RAINI Exclusive.

SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH KAIO STUDIO

1) Wedding photography and videography
2) Corporate photography and videography
3) Commercial video
4) Campaign video and photography
5) Music video

Ainy dan sebahagian rakan blogger. Yang lain dah balik dululah. Tak sempat nak bergambar sama-sama.

HUBUNGI KAIO STUDIO UNTUK SERVIS STUDIO FOTOGRAFI (DAN LAIN-LAIN)

KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD
1-06, Mitea Residence Office,
No. 5, Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
Waze: 'KAIO Studio'


Terima kasih KAIO Studio jemput Ainy dan rakan-rakan blogger untuk Photoshoot Blogger Malaysia bersama KAIO Studio.