Followers:

May 22, 2017

Media Prima Digital: Lancarkan Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) untuk Pencinta Makanan


Dialog 'nak makan mana?' dan akhirnya berakhir dengan 'tak tahu' selalu sangat terjadi antara Ainy dan kawan-kawan. Selalu saja pening dan tak tahu nak makan kat mana tiap kali keluar. Tapi dengan pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) baru-baru ni, semuanya jadi lebih mudah. Masalah tak tahu nak makan mana akhirnya berjaya diselesaikan. Chewahh.

Gambar semasa Majlis Pelancaran Jalan Jalan Cari Makan dari jurucakap JJCM, Abang Naz dan pengurus produk aplikasi JJCM, Li Ee Kee.

Gambar di Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan.
Kalau korang nak tahu aplikasi ini dilancarkan dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat pencinta makanan seperti Ainy. Sangat user friendly! Jadi sesiapa yang belum download aplikasi JJCM ni, pergi download sekarang okay sebab aplikasi ni sangat membantu untuk mendapatkan senarai restoran yang korang nak makan mengikut jenis menu yang korang suka.

CARA DOWNLOAD APLIKASI JJCM

1) Pertama kali korang kena download dulu aplikasi JJCM ni di App Store atau Google Play korang. Ha pergi download SEKARANG!

2) Buka aplikasi JJCM dan rajinkan diri membaca demo yang diajarkan seperti gambar yang Ainy paparkan kat bawah ni.


3) Lepastu korang boleh pilih nak 'daftar masuk' atau 'terus melayari aplikasi ini' tanpa mendaftar masuk. Ha ni untuk sesiapa yang malas nak daftar masuk lah kan. Tapi Ainy sarankan korang daftar sebab akan ada banyak features yang korang boleh guna dalam aplikasi JJCM ni kalau korang daftar masuk. Jadi sila rajinkan diri korang ya. Jangan malas-malas. He2.

4) Selepas dah daftar masuk, korang boleh pilih radius kawasan yang korang tinggal. Contohnya korang tinggal di kawasan Selangor, jadi di bahagian 'Lokasi' korang klik 'Selangor'. Lepastu korang boleh pilih jenis makanan yang korang teringin nak makan seperti western, malay food atau apa sahaja. Nanti aplikasi JJCM ni akan paparkan beberapa cadangan restoran mengikut jenis pilihan yang korang dah buat.


Ha senang kan? Lepasni tak payah dah nak pening-pening fikir nak makan apa dan di mana. Aplikasi JJCM boleh bantu korang dan juga Ainy yang pencinta makanan atau dengan kata lainnya; kuat makan. Haha.

FUNGSI BARU APLIKASI JJCM

1) Paparan tawaran diskaun dan potongan hebat
Korang boleh dapatkan diskaun sehingga 70% bagi restoran terpilih menerusi paparan 'Offpeak Deals' yang akan dikemaskini setiap hari. Secara tak langsung korang juga boleh berjimat dengan potongan hebat yang dibuat. Pendek kata nak makan banyak tapi nak bajet-bajet. Sesuai sangat lah ni untuk orang macam Ainy. Haha.

2) Tempahan restoran
Selain itu, korang juga boleh membuat tempahan restoran yang korang suka menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Dengan hanya beberapa langkah, korang tak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran korang. Korang hanya perlu memasukkan nombor telefon, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung, korang akan diberi pengesahan tempahan melalui emel. Menarik kan? Segalanya jadi lebih mudah dengan aplikasi JJCM tau.

3) Tiada caj tambahan
Apa yang menariknya, dengan pelbagai fungsi yang memudahkan di aplikasi JJCM ni korang tak dikenakan caj tambahan langsung. Semuanya PERCUMA! Korang cuma bayar apa yang korang makan sahaja.

4) Rekaan grafik yang lebih menarik
Selain tu, aplikasi JJCM diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, aplikasi JJCM nampak lebih segar dengan wajah baru.

5) Boleh berinterasi sesama pencinta makanan
Setiap pengguna yang mendaftar akaun boleh memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai restoran / tempat makan yang dikunjungi. Pendek kata, seperti; dari pencinta makanan untuk pencinta makanan. Haaaa menarik kan sebab dapat berkongsi-kongsi idea dan menerima maklumat dari pencinta makanan seperti korang juga. Dan sebab itulah aplikasi JJCM mewujudkan ruangan komen dan cadangan bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan korang melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu restoran yang mereka pernah pergi.

6) Fungsi carian mengikut radius kawasan
Selain itu, fungsi carian berdekatan juga membolehkan korag melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS korang. Contoh; sekiranya korang berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai restoran pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara. Ha jadi pencarian restoran pilihan jadi lebih mudah.

Apa yang lagi menarik, aplikasi JJCM tidak hanya terhad kepada restoran yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja tau tapi pasukan editorial aplikasi JJCM juga akan pergi ke restoran-restoran lain yang dicadangkan orang ramai. Pasukan editorial JJCM akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna aplikasi JJCM.

Ainyy Zain di Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan.
Menarik kan? Dah sekarang boleh pergi download aplikasi JJCM di telefon korang. Ikut step yang Ainy ajarkan kat atas tu okay. Terima kasih kerana sudi membaca. Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment