Followers:

Sep 11, 2017

Cadangan Makan: Pelbagai Jenis Masakan Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome, D'Pulze Cyberjaya

CADANGAN MAKAN: PELBAGAI JENIS MASAKAN AYAM KAMPUNG DI RESTORAN AYAM KAMPUNG VELODROME PREMIUM, D'PULZE CYBERJAYA | Bila sebut saja ayam kampung, mesti ramai mula fikirkan ayam kampung yang keras, tua dan lain-lain. Sebenarnya Ainy pun berfikiran yang sama dan sebab itulah Ainy jarangggg sangat makan masakan yang berasaskan ayam kampung. Haha sadis betul.

Makan tengahari di Restoran Ayam Kampung Velodrome, D'Pulze Cyberjaya
Sehinggalah baru-baru ni Ainy rasai sendiri pelbagai jenis masakan ayam kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium di D'Pulze Cyberjaya. Terdapat pelbagai jenis masakan ayam kampung dan mereka telah beroperasi sejak tahun 1980 lagi. Punyalah lama dan boleh dikatakan mereka ini sangat pakar dalam menyajikan ayam kampung yang lembut dan berkualiti.